Ahad, 31 Julai 2011

Selamat menyambut Bulan Ramadhan


Selamat menyambur Bulan Ramadhan Al-Mubarak. walaupun puasa, cikgu harapkan anak2 murid cikgu tidak melupakan 2 agenda penting thn ini iaitu Peperiksaan PMR 2011 ( Oktober ) dan Peperiksaan Percubaan PMR bermula 03.08.2011. Jangan jadikan bulan Puasa sebagai masalah untuk belajar sebaliknya jadikan ia sebagai penambah semangat untuk berusaha gigih lagi.

Artik tiada ais menjelang 2030

Berita harian ( Ahad )


KECAIRAN ais di Kutub Utara turut mengancam habitat beruang kutub.

Cuaca semakin panas di Kutub Utara


COLORADO: Lautan ais di Artik dilaporkan cair pada kelajuan tertinggi pada tahun ini, menunjukkan kenaikan suhu di Kutub Utara semakin meningkat menyebabkan sebahagian besar kawasan Artik diramalkan tiada lagi ais 30 tahun lagi.

    Menurut pemantauan satelit Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC), hanya 15 peratus kawasan Artik diselaputi ais baru-baru ini, iaitu seluas 8.5 kilometer persegi, kadar paling rendah berbanding rekod sebelumnya yang dibuat pada 2007.

Selain itu, data terbaru Pusat Sains Pola Universiti Washington menunjukkan ketebalan ais kawasan Artik tahun ini juga adalah yang paling nipis.
Pengarah NSIDC, Mark Serreze, berkata sejak dua minggu lalu laut Artik kehilangan 150,000 kilometer persegi kawasan berais sehari.

"Kadar ais yang menutupi kawasan semakin berkurangan dan pada masa sama semakin menipis. Keadaan cuaca yang sebelum ini mencairkan ais menyebabkannya cair lebih pantas.

"Keadaan boleh berubah tetapi proses itu akan berterusan sehingga tiada lagi ais di Artik menjelang 2030. Kecairan ais akan berterusan," kata Serreze.
Pemanasan global mencairkan ais Artik sejak 30 tahun lalu pada kadar tiga peratus setiap dekad secara purata. Tetapi dua data baru menunjukkan bahawa Artik yang bebas ais boleh menjadi kenyataan dalam masa 30 tahun, jika ia berterusan.

Ia adalah 40 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan dalam penilaian laporan terakhir Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).

Lautan ais yang berada pada tahap maksimum pada Mac dan paling rendah dalam September setiap tahun disifatkan 'keadaan yang membimbangkan' bagi perubahan iklim kerana cuaca kutub semakin panas lebih cepat berbanding tempat lain di Bumi.

Berdasarkan NSIDC, suhu udara bagi Jun 2011 adalah antara 1 dan 4 darjah Celsius lebih tinggi kepanasannya berbanding kebanyakan tempat lain di Artik.

Keputusan itu menyokong kajian dalam jurnal sains baru-baru ini yang mengatakan bahawa aliran air dari Atlantik ke laut Artik adalah lebih panas hari ini berbanding 2,000 tahun dan boleh menjadi satu penerangan kepada kecairan lautan ais besar-besaran sekarang yang dipantau.

Simulasi komputer oleh NASA menunjukkan bahawa kecairan ais Laut Artik tidak akan berterusan secara tetap. Berbanding dengan 1950-an, lebih separuh ais Laut Artik sudah hilang.

Pengasas halaman web pemantauan iklim Weather Underground, Jeff Masters, berkata satu sistem tekanan tinggi berpusat di utara Alaska menyebabkan langit cerah dan sinaran matahari mencairkan ais Artik.

"Gabungan tindakan udara mengikut aliran jam di sekitar kawasan tinggi tinggi dan melawan arah jam di seluruh sistem tekanan rendah berhampiran pantai barat Siberia menyebabkan panas, angin selatan ke Artik yang mendesak ais jauh dari pantai Siberia, menggalakkan pencairan," katanya. – Agensi


 

Selasa, 26 Julai 2011

Tips Belajar Geografi

TIPS BELAJAR GEOGRAFI


 

Anda berminat belajar Geografi? 
Kenapa ramai pelajar geografi kata geografi itu susah? Bagaimana dengan pelajar-pelajar yang lain?

Sedikit tips untuk berjaya dalam mempelajari geografi.

1. Tanamkan minat terlebih dahulu dengan pelajar geografi.

2. Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.

3. Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru.

4. Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah.

5. Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda.

6. Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain-lain.

7. Banyakkan buat latih tubi. Di galakan menggunakan buku yang menyediakan soalan mengikut bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai pelajar,guru dan pemeriksa.

8. Soalan yang melibatkan essei,pastikan buat latihan dan setkan masanya.Serah pada guru untuk dinilai.

9. Banyakan latihan-latihan mengenai peta kerana mudah dapat markah.

10. Akhir sekali jangan lupa berdoa dengan Tuhan agar diberikan kita kejayaan.

My kad..

Salam 1Malaysia. TKasih krna meluangkan masa utk mbaca mesej ini... Disini sy ada BERITA BAIK UTK PEMEGANG MYKAD (IC)... Adakah anda tahu bgaimana mjana pdapatan dgn mudah, hanya dgn mggunakan MYKAD? Sedar ataupun tidak terdapat lebih 50 aplikasi di dalam Mykad. Selain pengenalan diri Mykad berfungsi sbgi mperbaharui lesen memandu, Touch n Go, KWSP dsb. Shubungan dgn itu, pada Nov 2010 satu lagi aplikasi telah dibangunkan oleh I-Synergy Universal Sdn Bhd iaitu MyKad Smart Shopper Programme melalui Affiliate Junction. Melalui program ini, I-Synergy memerlukan ramai orang yg bkelayakan utk dilantik sebagai Affiliate bagi merealisasikan projek ini. Salah satu tugas Affiliate adalah mengaktifkan mykad pengguna. Sbgai Affiliate byak kelebihan & keistimewaan diperolehi. Ianya juga mnjana pendptan bterusan. Proj ini mdapat sokongan penuh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Multimedia Developement Corporation (MDeC) dan Multimedia Super Coridor (MSC). Terbuka kpd semua kaum. Nak tau lebih lanjut SMS sy ke 012-3198662

Isnin, 25 Julai 2011


 

Pengaruh Manusia terhadap Cuaca Dan Iklim

  1. Manusia menjalankan perlbagai kegiatan untuk mencapai kemajuan.
  2. Contohnya, hutan ditebang dan dibakar untuk membuka kawasan pertanian, petempatan, dan perindustrian.
  3. Kegiatan manusia ini telah membawa kesan buruk terhadap alam sekitar serta dapat mempengaruhi cuaca dan iklim sesuatu kawasan.
  4. Antara beberapa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim itu termasuklah kesan rumah hijau, peningkatan suhu, pulau haba, jerebu, penipisan lapisan ozon, hujan asid, dan kemarau.

PEMANASAN BUMI SEBAGAI KESAN RUMAH HIJAU


  1. Kesan rumah hijau adalah proses semula jadi bumi menyimbangkan suhu di atmosfera.
  2. Di sekeliling bumi terdapat lapisan atmosfera.
  3. Cahaya matahari yang menembusi lapisan atmosfera akan memanaskan permukaan bumi.
  4. Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali oleh bumi ke angkasa.
  5. Di lapisan atmosfera ini terdapat beberapa jenis gas seperti karbon dioksida(CO2), klorofluorokarbon(CFC), metana(CH4) dan nitrus oksida(N2O). Gas-gas ini dikenal sebagai gas rumah hijau.
  6. Gas-gas ini akan menyerap sebahagian haba yang dipancarkan oleh bumi.
  7. Proses pemanasan dan pantulan serta penyerapan haba dan pelepasan bahang bumi ke angkasa lepas menyeimbangkan suhu di atmosfera.
  8. Kesan ini dikenal sebagai kesan rumah hijau.
  9. Kesan rumah hijau adalah penting kerana sekiranya tiada kesan rumah hijau ini, min suhu bumi akan jatuh sebanyak 18C.
  10. Pelbagai kegiatan yang dilakukan manusia telah menyebabkan gas-gas rumah hijau di atmosfera bertambah dengan banyaknya.
  11. Keadaan ini mengkatkan suhu di atmosfera bumi kerana gas-gas ini memerangkap lebihan haba dari bumi.
  12. Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang paling banyak dikeluarkan.
  13. Dalam beberapa abad kebelakangan ini dianggarkan kandungaan karbon dioksida dalam atmosfera telah meningkat kira-kira 30%.
  14. Kegiatan utama yang menyebabkan peningkatan karbon dioksida ialah pembakaran bahan api.
  15. Penebangan dan pembakaran hutan turut menambahakan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera dan menyebabkan keadaan di bumi menjadi semakin panas.
  16. Penebangan hutan menyebabkan peratus bahang matahari yang dapat sampai ke bumi bertambah.
  17. Faktor-faktor lain yang meningkatkan gas-gas rumah hijau di atmosfera ialah pelepasan gas metana akibat reputan bahan organik daripada aktiviti pertanian, penternakan, dan pelupusan sampah.
  18. Pembakaran petroleum oleh kenderaan telah melepaskan karbon dioksida dan nitrus oksida ke udara.
  19. Gas CFC dilepaskan melalui penggunaan gas penyejuk dalam peti sejuk, pembakaran polisterina, dan penggunaan bahan aerosol.
  20. Kandungan karbon dioksida juga meningkat akibat pembakaran sampah sarap secara terbuka.

PULAU HABA


  1. Pembangunan yang semakin pesat di bandar menyebabkan banyak kawasan hutannya yang ditebang untuk tujuan pembinaan.
  2. Bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat, serta jalan-jalan diturap dapat menyerap dan memerangkap haba.
  3. Pergerakan udara dan angin adalah terhad kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Udara panas kekal dan meningkatkan suhu pada waktu malam akibat daripada pelepasan haba.
  4. Kurang litupan tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan kurang transpirasi berlaki, lalu meningkatkan suhu udara.
  5. Kilang dan kenderaan bermotor mengeluarkan bahan pencemar seperti debu, habuk, dan gas yang menyerap bahang matahari dan memantulkan bahangan bumi.
  6. Keadaan ini mengehadkan proses bahangan bumi ke atmosfera dan menyebabkan suhu meningkat.
  7. Haba juga dibebaskan daripada kenderaan bermotor, kilang dan pembakaran sampah.
  8. Keadaan ini juga menyebabkan suhu udara di bandar lebih panas jika dibandingkan dengan suhu di kawasan pinggir bandar yang banyak diliputi tumbuh-tumbhuan.
  9. Berdasarkan kajian yag dibuat, perbezeaan suhu di pusat bandar dengan suhu di pinggir bandar dapat mencecah 4C.

JEREBU


  1. Jerebu berlaku kerana pertambahan habuk, asap, dan debu yang mencemari udara.
  2. Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari lalu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.
  3. Jerebu terjadi di kawasan industri perkilangan dan berpenduduk padat.
  4. Jerebu terbentuk daripada asap kotor kilang, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, dan pembakaran bahan api.
  5. Asap, habuk, serta bahan-bahan pencemar dari kilang dan pembakaran terbuka akan terapung-apung di udara lalu menjadi jerebu.
  6. Habuk halus juga bertambah akibat daripada pembinaan dan runtuhan bangunan yang berterusan.
  7. Pada tahun 1990, 1994, dan 1997, Malaysia mengalami keadaan berjerebu yang teruk.
  8. Keadaan berjerebu ini berpunca daripada kebakaran hutan di negara jiran.
  9. Asap daripada kebakaran hutan ini menghasilkan gas dan habuk halus yang terapung-apung atau terampai di atmosfera.
  10. Jerebu biasanya berlaku sekiranya hujan tidak turun dalam temph yang lama dan tiada angin bertiup.
  11. Jerebu dapat juga memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, ialah sakit mata (konjuntivitis), radang paru-paru(bronchitis), masalah pernafasan dan asma.
  12. Keadaan jerebu juga mengganggu perjalanan di jalan raya, kapal terbang mendarat dan berlepas.
  13. Suhu udara di bandar pada waktu malam menjadi lebih panas.
  14. Kandungan asid dalam hujan juga bertambah.
  15. Kadar fotosintesis berkurangan akibat daripada jerebu yang berpanjangan.

PENIPISAN LAPISAN OZON

  1. Lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi.
  2. Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26km dari permukaan bumi.
  3. Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinar ultraungu cahaya matahari sebelum sampai ke bumi.
  4. Sinar ultraungu yang berlebihan dapat memudaratkan kehidupan di bumi.
  5. Lapisan ozon akan terhakis oleh beberapa sebab :
  • Penggunaan baja kimia berterusan menambahkan kandungan gas metana.
  • CFC dilepaskan melalui bahan semburan aerosol (dalam penyembur racun serangga) dan gas penyejuk (dalam peti sejuk dan alat pendingin udara).
  • Kapal terbang sepersonik yang membebaskan nitrogen oksida.
  • Letupan bom nuklear dan ujian senjata nuklear yang mengeluarkan gas hidrogen dan nitrogen oksida.

6. Ahli sains telah mengesan satu lohong ozon di kawasan Antartika.

7. Keadaan ini membawa kesan-kesan seperti :


  • sinaran ultraungu yang sampai ke permukaan bumi bertambah.
  • menyebabkan penyakit barah (kanser) kulit, sakit mata, katarak mata, dan melemahkan sistem pelalian badan.
  • mengurangkan proses fotosintesis.
  • memusnahkan sel and mikroorganisma dalam binatang dan tumbuhan ,
  • hasil tanaman berkurangan.
  • berlaku perubahan iklim dunia; suhu meningkat, ais dari glasier mencari, banjir berlaku, kawasan rendah ditenggelami air.

HUJAN ASID

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Jumaat, 22 Julai 2011

Jadual Peperiksaan Percubaan PMR / Selaras 2011

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SELARAS PMR

PERINGKAT NEGERI PERAK 2011


 

HARI/TARIKH 

SUBJEK 

WAKTU 

MASA 

Rabu

3.8.2011 

Bahasa Melayu 1 

08.00 – 09.00 

1 jam 

Bahasa Melayu 2 

10.00 – 12.00 

2 jam  

Khamis

4.8.2011 

Bahasa Inggeris 1 

08.00 – 09.00 

1 jam 

Bahasa Inggeris 2

09.30 – 11.00 

1 jam 30 minit 

Science 1 

11.30 – 12.30 

1 jam 

Jumaat

5.8.2011 

Science 2 

08.00 – 09.30 

1 jam 30 minit 

B.Cina 2/B.Tamil 2/

Pendidikan Islam 

10.15 – 12.15

2 jam 

Isnin

8.8.2011 

Mathematics 2 

08.00 – 09.45 

1 jam 45 minit 

Mathematics 1

10.15 – 11.30 

1 jam 15 minit 

Geografi 

12.00 – 01.15 

1 jam 15 minit 

Selasa

9.8.2011 

Sejarah 

08.00 – 09.15 

1 jam 15 minit 

Kem.Hidup Bersepadu 

09.45 – 11.15

1 jam 30 minit 

B.Cina 1/B.Tamil 1

Bahasa Arab

11.30 – 12.30

11.30 – 02.00

1 jam

2 jam 30 minit

Khamis, 21 Julai 2011

Jawapan Latihan Program Analisis Geografi Daerah Kinta Selatan..selamat menjawab

Alam Sekitar di Akhbar

Pembangunan tidak mapan punca iklim dunia berubah
Oleh Fredolin Tangang

Kejahilan cetus impak negatif kepada kemanusiaan

PERUBAHAN iklim adalah fenomena sejagat yang berlaku akibat daripada proses pembangunan yang tidak mapan terutama di negara maju sejak zaman perindustrian mereka bermula. Menurut laporan Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah sesuatu kejadian yang tidak dapat disangkal lagi dan ia berlaku akibat kegiatan manusia membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera menyebabkan suhu udara meningkat. Peningkatan kepekatan gas rumah hijau terutama karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terutama daripada pembakaran bahan api fosil seperti petrol, diesel, arang batu dan kegiatan guna tanah, memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu dan fenomena pemanasan global yang telah membawa pelbagai impak negatif kepada kehidupan manusia masa kini.

Menurut laporan panel itu suhu dunia akan terus meningkat, fenomena kemarau, banjir, peningkatan aras laut akan semakin teruk menjelang dekad akan datang jika dunia tidak berusaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ini.

Di Malaysia, suhu udara yang meningkat menyebabkan berlaku perubahan pola kejadian fenomena cuaca ekstrem seperti banjir besar, peningkatan aras laut dan hakisan pantai yang serius adalah petanda impak perubahan iklim.

Kejadian banjir terburuk di Johor penghujung 2006 dan awal 2007 serta banjir teruk yang berlaku awal tahun ini juga di Johor, berkemungkinan ada kaitannya dengan perubahan iklim.
Kajian Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati 30 peratus pantai di Malaysia mengalami hakisan yang teruk dan ini dijangka menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim berterusan.

Perubahan iklim membawa pelbagai impak kepada kesejahteraan penduduk, alam sekitar dan pelbagai ekosistem serta ekonomi. Dengan suhu yang meningkat, banjir dan kemarau yang semakin kerap, keupayaan negara mengeluarkan makanan mungkin akan terjejas.

Menurut laporan IPCC lagi, jika kepekatan gas rumah hijau di atmosfera terus meningkat, dijangka purata suhu dunia akan meningkat melebihi enam darjah Celsius pada penghujung abad ke-21. Ini jauh lebih tinggi berbanding peningkatan kurang dari satu darjah Celsius sejak 100 tahun yang lalu. Dunia akan berada dalam keadaan kemusnahan sekiranya ini berlaku.

Justeru, saintis mencadangkan peningkatan ini dihadkan kepada dua darjah Celsius dan menyeru semua negara mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Bagaimanapun, instrumen seperti Protokol Kyoto ternyata gagal. Data terkini menunjukkan kepekatan gas ini lebih tinggi daripada kepekatan bagi senario terburuk yang digunakan oleh IPCC. Perundingan antara negara anjuran PBB seperti Persidangan Parti (COP) mengenai konvensyen kepelbagaian biologi juga belum membuahkan sesuatu yang konkrit yang boleh dilaksanakan serta-merta.

Negara maju yang menjadi penyumbang utama kepada perubahan iklim akibat proses pembangunan dan perindustrian mereka sejak 100 lalu, masih gagal menunjuk-kan komitmen yang tinggi untuk menurunkan pembebasan gas rumah hijau dan membantu negara sedang membangun untuk bergerak ke arah ekonomi karbon rendah.

Keghairahan China dan India dalam pembangunannya menjadikan usaha menurunkan kepekatan gas rumah hijau semakin sukar.

Peningkatan penduduk dunia yang boleh mencapai lebih 10 bilion pertengahan abad ini daripada lebih kurang enam bilion kini juga akan menyukarkan usaha ini.

Sebilangan besar saintis tidak yakin kaedah perundingan akan menghasilkan satu perjanjian yang dipatuhi oleh semua negara untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mereka.

Kaedah manipulasi iklim dipanggil sebagai ‘geo-engineering’ berkemungkinan terpaksa dilakukan. Salah satu kaedah ialah menyembur partikel halus yang dipanggil aerosol ke stratosfera dan dengan jumlah kuantiti yang sesuai ia mampu mengurangkan kemasukan pancaran sinaran matahari dan mampu merendahkan suhu bumi.

Bagaimanapun ia mempunyai kesan sampingan bersifat negatif. Satu kajian di Amerika Syarikat contohnya, menunjukkan kejadian kemarau pada dekad akan datang di Amerika boleh dikurangkan tetapi ia juga melemahkan sistem monsun di rantau Asia Tenggara dan akan menyebabkan musim kemarau yang berpanjangan.

Ternyata impak positif kaedah seperti ini tidak menyeluruh dan pendekatan geo-engineering seperti ini sepatutnya hanya dilaksanakan dalam kerangka persetujuan semua negara.

Persoalannya apa jaminan negara kuasa nuklear yang mempunyai keupayaan teknologi tinggi untuk tidak bertindak memanipulasi iklim secara unilateral.

Penulis ialah Naib Pengerusi Kumpulan Kerja 1 IPCC dan Ketua Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika, UKM

Rabu, 20 Julai 2011

Memastikan Kelestarian Alam Sejagat

Peranan manusia terhadap alam sekitar sangat penting, diharapkan para pelajar boleh membaca : Peranan Manusia dan Alam Sekitar karya Zaini Ujang dari Institut Pengurusan Alam Sekitar Dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia.

Latihan Ulangkaji 3

Pada hari ini, pelajar2 boleh mengulangkaji 4 topik utama Geografi Tingkatan 1 dari 3 tema yang berbeza...Ingat tingkatan 1 penting kerana merupakan majoriti soalan dalam PMR :
1. bentuk Muka Bumi
2. Cuaca dan iklim
3. Tumbuhan semulajadi dan Hidupan Liar
4. Tumbuhan semulajadi Bab 13

Selamat menjawb...

Isnin, 18 Julai 2011

Beberapa Fakta Tentang Kitar Semula

AIR
1. Penggunaan air terbanyak di rumah adalah di dalam bilik air atau bilik mandi. Menurut kajian (California Energy Commission 2006) sebanyak 75% dari penggunaan di rumah

2. Mengepam air selepas menggunakan tandas menggunakan kira kira 5 liter air setiap kali digunakan. Statistik ini adalah untuk tandas yang dilengkapi sistem pam air yang lebih efisyen.

3. Memberus gigi di waktu pagi tanpa membiarkan tap air terbuka boleh menjimatkan sehingga 30 liter air sehari, menurut kajian (EPA 2008)

4. Mandi di dalam besen mandi menggunakan hampir 300 liter air setiap kali digunakan, berbanding dengan mandi shower hanya 40-100 liter.

5. Membasuh menggunakan mesin pembasuh pakaian jenis baru yang efisyen menggunakan hampir 100 liter air sehari


TENAGA LETRIK
1. Penggunaan tenaga dunia dijangka bertambah 2 kali ganda antara tahun 200 hingga 2030. Penambahan terbesar adalah dari negara membangun dan kadar penambahan paling cepat adalah dari rumah-rumah kediaman, menurut kajian (Worldwatch Institute, 2007)

2. Penghasilan tenaga letrik di Amerika (yang menggunakan arang batu) adalah penyumbang kepada 40% penghasilan karbon yang dikaitkan dengan pemanasan global (Worldwatch Institute, 2007)

3. Oven gelombang mikro (microwave) menjimatkan penggunaan tenaga letrik sebanyak 50% berbanding oven letrik biasa

4. Membiarkan peralatan letrik terpasang (sekadar untuk melihat jam) seperti TV, pemain DVD dan VCD, menggunakan hampir 5% dari penggunaan tenaga di rumah (Alliance to Save Energy, 2005)


KERTAS
1. Penggunaan kertas dan kayu (di Amerika) oleh setiap rakyat setiap tahun bersamaan dengan sebatang pokok Douglas fir setinggi 100-kaki (EPA 2008)

2. Mengitar semula satu tan kertas dapat menyelamatkan 17 batang pokok dewasa dan 26,000 liter air (EPA 2008)

3. Mengitar semula kertas berbanding dengan menghasilkan kertas baru dapat mengurangkan pencemaran air sebanyak 74%, mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% dan mengurangkan sebanyak 40% penggunaaan tenaga letrik (EPA 2008)

4. Hanya 48% daripada penggunaan kertas di pejabat (di Amerika) dikitar semula, yang dijadikan bahan mentah untuk paperboard, tisu dan kertas Keep America Beautiful, 2006)

5. 73% daripada kertas suratkhabar telah dikitar semula. Satu pertiga dijadikan kertas suratkhabar semula, selebihnya dijadikan paperboard, tisu dan bahan penebat (Keep America Beautiful, 2006)


LOGAM
1. Mengitar-semula bahan aluminium (seperti tin) dapat menjimatkan 95% tenaga untuk menjadikan aluminium baru dari bahan mentah. Berdasarkan fakta ini, 20 tin aluminium dapat dikitarsemula dengan kadar tenaga yang digunakan untuk membuat satu tin aluminium yang baru (Keep America Beautiful, 2006)

2. Mengitar-semula satu tin aluminium dapat menjimatkan tenaga sebanyak yang boleh digunakan untuk menyalakan lampu 100-watt selama 20 jam, menggunakan komputer selama 3 jam dan TV selama 2 jam (EPA, 2008)

3. Tin aluminium yang dibuang oleh rakyat amerika selama sebulan adalah mencukupi untuk membina semua kapalterbang komersial Amerika


KACA
1. Kaca tidak susut dan boleh dikitar semula sampai bila-bila.


STYROFOM / POLISTERIN
1. Ia tidak boleh dikitar semula dan tidak boleh digunakan untuk membuat yang baru

2. Setiap tahun rakyat Amerika membuang 25,000 juta cawan styrofom, cukup untuk mengelilingi bumi sebanyak 436 kali.


KELULI
1. Sekiranya setiap rakyat (di Amerika) mengitar-semula satu persepuluh dari tin buangan, ia boleh menjimatkan dari membuat 3.2 billion tin dari bahan mentah yang baru setiap tahun.
Hanya 30% dari besi yang dibuang boleh dikitar-semula



Sumber maklumat: oberlin.edu
Statistik kajian adalah daripada California Energy Commission 2006, Worldwatch Institute 2007, Alliance to Save Energy 2005 Keep America Beautiful, 2006 dan U.S Environmental Protection Agency (EPA) 2008

Ahad, 17 Julai 2011

Menghijau bekas lombong

KEHIJAUAN alam dapat dirasai sepenuhnya ketika berada di Pusat Penghutanan Semula Tanah Lombong (TTAC), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Bidor, Perak.

Kawasan bekas lombong berusia lebih kurang 40 tahun terletak di Stesen Penyelidikan FRIM itu kemudiannya menjadi ladang hutan, sekali gus muncul alternatif serampang dua mata.

Persekitaran yang nyaman dan jauh daripada hiruk-pikuk kota membuatkan kewujudan lokasi berkenaan amat bermanfaat.

Penanaman pokok spesies hutan bukan saja bertindak sebagai penyerap karbon malah dapat menyerap elemen berpotensi toksik dari tanah.

Menurut Pegawai Penyelidik Kanan FRIM, Dr Ang Lai Hoe, di samping mengindahkan landskap bekas lombong, penubuhan ladang hutan itu turut memberikan faedah dalam aspek persekitaran, sosial dan ekonomi.

“Kewujudan ladang hutan memerlukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi menyokong pertumbuhan pokok spesies hutan di kawasan bekas lombong yang panas serta ketandusan nutrien.

“Merangkumi kawasan seluas 121.4 hektar ladang ini antara contoh yang berjaya dan menjadi pusat penyelidikan serta rujukan terbaik,” katanya.

Sementara tujuan penubuhan TTAC adalah menyebarkan maklumat mengenai teknologi penghijauan, membangunkan kaedah kos efektif melalui penyelidikan untuk pemulihan bekas lombong timah.

Seterusnya, ia juga bertujuan meningkatkan pertumbuhan dan kepelbagaian biologi dirian pokok serta menggalakkan kerjasama dalam penyelidikan dengan pihak berminat.

Sebahagian daripada bekas lombong yang telah dihijaukan dengan campuran spesies balak di antara tumbuhan semula jadi yang telah membentuk landskap baru di TTAC.

“TTAC mempunyai lebih kurang 10 spesies pokok balak yang bernilai komersial.

“Kajian perhutanan tani di sini menunjukkan tumbuhan herba seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), mengkudu (morinda citrifolia) dan halia (zingiber officinale) boleh ditanam dengan jayanya di bawah dirian pokok.

“Spesies balak yang ditanam membentuk lapisan atas dengan lapisan pertengahan dan bawahan yang terdiri daripada lebih kurang 20 spesies pokok dan pokok renek yang disebarkan burung dan haiwan liar,” kata Ang.

Kini, iklim mikro termasuk suhu dan kelembapan dirian ladang hutan adalah hutan hujan sekunder.

Kolam lombong yang dikelilingi dirian pokok kini tidak sunyi lagi kerana menerima kunjungan pelbagai spesies burung.

Malah TTAC turut menyaksikan kewujudan haiwan lain seperti burung enggang, tupai, ayam hutan, harimau bintang, monyet dan ular senduk.

Tidak hairanlah keindahan pemandangan dan kicauan burung ketika Subuh menjadikan lokasi itu tumpuan pencinta alam.

“Satu kajian terbaru menunjukkan 64 spesies burung berbeza termasuk burung berhijrah adalah ‘tetamu’ TTAC.

“Ia juga antara pilihan lawatan lapangan penganjur persidangan, universiti dan pencinta alam,” kata Ang.

Penubuhan dan perkembangan TTAC turut mendapat sokongan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), agensi antarabangsa dalam pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta khidmat perundingan.

Antara aktiviti R&D yang menjadi tumpuan TTAC termasuk fitopemulihan elemen berpotensi toksik, penghutanan semula, kepelbagaian biodiversity dan pemuliharaan serta perhutanan tani.

TTAC turut menjadi pusat rujukan dalam penganjuran latihan untuk orang ramai dan lebih membanggakan, FRIM sudah berkecimpung dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam penghijauan tanah terbiar selama dua dekad.

Moh Tanam Pokok


Perlukan 7 juta pokok bagi setiap 1 juta penduduk

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menanam tujuh juta batang pokok bagi setiap satu juta penduduk bandar raya di negara ini bagi menyerap sekurang-kurangya 15 peratus pelepasan gas rumah hijau, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit.

Beliau berkata kini sebuah bandar raya di negara ini secara purata hanya mampu menyerap 1.5 peratus pelepasan gas.


"Oleh itu berdasarkan model progresif linear, saya telah mengira bahawa bagi setiap satu juta penduduk, kita memerlukan tujuh juta pokok bagi setiap bandar raya kita.


"Kita perlu menanam antara lain lebih banyak pokok teduh terutama di laluan pejalan kaki," katanya dalam sidang media pada Perhimpunan Agung Ke-15 Persidangan Anggota Parlimen Asia Pasifik bagi Alam Sekitar dan Pembangunan (APPCED) di sini hari ini.


Beliau merupakan pakar terlatih dalam bidang perhutanan dan sains alam sekitar dan kini merupakan Naib Presiden APPCED.
Berakhirnya Minggu Kokurikulum TIWA 2011 maka hampir berakhirlah aktiviti KOKU sesi 2011..Selepas ini para pelajar bolehlah menumpukan pula pada pelajaran masing-masing, terutamanya yang akan menghadapi PMR dan SPM.
Itupun sekiranya sudah timbul kesedaran. Teman bersyukur dan terima kasih pada TIWA kerana menganugerahkan teman JURULATIH SUKAN DAN PERMAINAN 2011, ini merupakan anugerah kali ke-2 sepanjang berkhidmat di TIWA... Segala-gala bermula dengan kejayaan demi kejayaan pasukan anak buah teman
1. Johan Silat MSSPK KINTA SELATAN 2011 ( Mewakili daerah Ke MSSPK PRK )
2. Johan Sofbol MSSPK KINTA SELATAN ( Mewakili daerah ke MSSPK Negeri )
3. Johan Bola Baling LP 18.
Kejayaan ini tidak datang bergolek terutama bagi pasukan bola baling, tahniah kepada anak2 di TIWA kerana telah mengangkat nama TIWA dalam permainan bola-baling sehingga teman dipilih menjadi jurulatih P18 dan Super daerah.
Rasa-rasanya teman pun dah nak berenti terlibat kerana umur udah tua..cukuplah 12 tahun terlibat dalam bidang ini..sebenornya teman bukan bidang sukan kerana pengkhususan dalam P&P iaitu Geografi dan Sejarah..
Tapi minat punya pasal..sampailah tahap ni..terima kasih TIWA dan diharapkan pelajar TIWA terus cemerlang dalam KOKU pada masa akan datang.

Latihan lagi

soalan percubaan Pahang 2010,soalan percubaan Perlis 2010, Kedah 2010

Soalan Latihan Asrama Penuh 2011

Pelajar-pelajar bolah dowload Soalan SBPI dan jawab latihan sebelum Percubaan 2011..jawab dulu baru tgk jawapan

Rabu, 13 Julai 2011

Percubaan Menjelang Jua

Pejam2 celik2, 3 minggu lagi Percubaan PMR dah nak datang..tengok pelajar ade jugak yg pulun study tp lebih ramai yg masih takde ksedaran nak study..adakah cikgu tak bg tau atau saja2 buat tak tau.
Geografi kelas RK & 3I sukatan dah habis, soalan percubaan perak 80% hampir selesai.Solar esok dah habis..Pelajar pun nak nampak konfident menjawab ( ade harapan ramai dapat A ..). Minggu depan nak buat ulangkaji tajuk tingkatan 1 saja ( soalan percubaan negeri lain ).
Minggu sekali lagi..ade Pra Percubaan PMR dan Teknik Menjawab Geog oleh Guru Cemerlang Geografi dan analisis dari teman sendiri.Harap2 usaha setakat ini dpt membuahkan hasil yg cemerlang dlm percubaan.
Tengok mak bapak semasa bertemu Sesi RK tengahari td..ade keyakinan kerjasama dari mereka utk pantau anak2 di rumah.Harap2 segala teguran dan kritikan di ambil sebagai nasihat dr ayah kpd anak..Cikgu doakan semoga berjaya

Isnin, 11 Julai 2011

Soalan Latihan Solar Geografi 2011

Para pelajar boleh dowload SET SOLAR GEOGRAFI 2011, jadikan ia latihan
menjelang PERCUBAAN 2011..Buat latihan secara berhemah dan jawapan saya akan susulkan kemudian.Jawan dulu.

Ahad, 10 Julai 2011

Bahan Pembentangan Pembelajaran Berkesan

Bahan - bahan Teknik pembelajaran Berkesan geografi Daerah Kinta Selatan 2011,
pelajar-pelajar blh dowload dan buat latihan ( saya hanya masukkan bahan sahaja..analisis atas permintaan ) pelajar yang nak analisis tinggalkan mesej.
Tema 1 bentuk Muka Bumi
Tema 2 Cuaca dan iklim
Tema 3 Tumbuhan semulajadi
Tema 4 Penduduk
Tema 5 Petempatan
Tema 6 Pengangkutan dan perhubungan
Tema 7 Sumber
Tema 8 Kegiatan ekonomi
Jawapan latihan...diharapkan pelajar dapat jdkan latihan ini sebagai persediaan untuk PERCUBAAN 2011 ( 03.08.2011 )

Latihan Kemahiran 2

Soalan latihan kemahiran Tingkatan 3 Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur

Tsunami

Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa 7.3 magnitud

2011/07/10
TOKYO: Gempa bumi kuat menggegarkan timur laut Jepun dan pekerja di loji nuklear Fukushima yang lumpuh dipindahkan selepas amaran tsunami 50 sentimeter dikeluarkan agensi meteorologi negara itu.

USGS menyatakan gempa bumi itu bermagnitud 7.3. Tiada laporan segera berhubung kecederaan atau kerosakan. - Reuters

Jumaat, 8 Julai 2011

Bahan Analisis Geog

Semalam telah selesai Program pembelajaran Berkesan Geografi Daerah Kinta Selatan 2011. Cikgu tengok ramai pelajar bersemangat untuk ke program ni..tapi sayang, setiap sekolah hanya boleh hantar 8 orang saje. Banyak perkara baru yang boleh dikongsikan, bahan cikgu selaku penceramah kedua dari semalam cikgu cuba upload...sayang, masalahnya internet slow sangat. Kesian ramai anak muris cikgu dah buka laman ini tapi tak jumpa.
Harap bersabolah...kalau tak sabo sila tinggalkan pesanan, bagi no emel, nanti cikgu emelkan bahan cikgu ( analisis Geografi mengikut tema 1995 - 2010 ), soalan 2 popular. Cikgu cuba sendkan ...
Pelajar yang hadir itu, cikgu harapkan jangan le kedekut, kongsile ilmu yang dapat dengan kekawan yang tak hadir. Tak rugi kalau konsi ilmu, insyaallah lebih berkat dan dapat A dalam geografi nanti..

Khamis, 7 Julai 2011

Baju Tshirt Gayung


Baju Gayung untuk anak2 TIWa...

Perhimpunan Perdana Pesilat Perak 2011


Esok, insyaallah akan bersama pelajar SMK Tiwa dan Kinta Selatan ke Perhimpunan Perdana PeSilat Negeri Perak 2011. Pelajar TIWA seramai 30 orang di harapkan dpt menonjolkan imej seorang pesilat yg sebenar ( kena pakai baju silat ). Alhamdulillah TIWA telah dipilih untuk membuat persembahan pada pagi Sabtu..harap2 semuanya berjalan lancar.

Rabu, 6 Julai 2011

Krisis air menjelang 2014?



TAHUKAH pembaca kita bakal menghadapi krisis kekurangan air menjelang 2014 jika tabiat membazir dan penggunaan cara sekarang terus diamalkan?

Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA), Ahmad Zahdi Jamil baru-baru ini mendedahkan, jika amalan itu terus menjadi ikutan oleh rakyat Malaysia, 2014 menyaksikan negara akan kekurangan 476 juta liter sehari.

Tak ramai yang tahu mengenai perkara ini kerana bagi mereka air mudah diperoleh dan murah, lebih-lebih lagi ada kerajaan negeri yang memberikan air percuma pada satu-satu kadar.

Guru Sejarah Anda: Gempur Pra Percubaan PMR 2011

Guru Sejarah Anda: Gempur Pra Percubaan PMR 2011: "Gempur  di atas akan diadakan mulai 11.7.2011.  Sila pastikan anda semua sentiasa bersedia.   Jadikan gempur ini sebagai medan menguji kemah..."

Selasa, 5 Julai 2011

Hormati dan sanjungi laut kita

Mungkin tidak ramai yang sedar Rabu lepas, 8 Jun merupakan Hari Laut Sedunia. Jadi apa signifikan hari berkenaan di Malaysia. Mungkin ramai yang tidak ambil peduli.

Malah, saya percaya, abang-abang dan pakcik-pakcik nelayan juga tak ambil tahu mengenai Hari Laut Sedunia ini.

Ye lah, pada mereka, selagi ada rezeki, selagi itulah mereka akan membanting tulang mengaut apa saja yang ada demi sesuap nasi.

Namun perasan atau tidak, sumber laut kita semakin berkurangan saban hari.

Bagi yang menetap di bandar, pastinya mereka langsung tidak akan ambil pusing mengenai hal berkenaan.

Namun bagi nelayan, ia satu perkara yang amat merunsingkan kerana itulah sumber pencarian mereka dalam memberi keluarga makan dan menyekolahkan anak-anak mereka.

Bayangkan jika mereka keluar ke laut, pada awal pagi sebelum Subuh, dan pulang semula ke darat menjelang Maghrib namun tidak memperoleh hasil yang munasabah.

Dalam erti kata lain, pendapatan hari tu cukup untuk membeli beras sahaja. Bayaran bot dan awak-awak tidak dapat dilunaskan.

Apatah lagi untuk menabung. Anak-anak di universiti sudah mula menelefon mahukan duit untuk membeli buku dan belanja.

Apa usaha si ayah kalau hampir seminggu turun ke laut, hasilnya sama. Tidak lebih malah berkurangan.

Itulah sebab kita kena menghormati laut. Walaupun bukan hak kita secara khusus, kita kena jaga dan amalkan untuk tidak mencemarkannya jika berada di laut.

Saya pernah satu ketika dahulu menyertai pertandingan memancing di Kepulauan Spartly, di Lucornia utara.

Perjalanan ke sana sahaja sudah mengambil masa 24 jam. Penganjur ketika itu turut mengeluarkan arahan agar semua sampah dibawa balik ke Labuan dan jika ada mana-mana bot ditangkap membuang sampah ke laut, penyertaan mereka akan ditolak.

Jadi dari hari pertama hingga balik, 10 plastik sampah dapat kami kumpul dan memesan kepada krew bot untuk membuang sampah itu di Labuan.

Namun tidak sampai 15 minit kata-kata itu diucapkan, tiba-tiba kami nampak lebih kurang dua ke tiga plastik sampah terapung-apung di permukaan laut kira-kira sejam perjalanan lagi nak sampai ke Labuan.

Rupa-rupanya, krew bot kami mengambil jalan mudah membuang sampah itu ke laut kerana tidak mahu menyusahkan diri nak bawak 10 beg plastik ke darat.

Bayangkan jika mereka yang sering ke laut melakukan perkara itu, apa terjadi bagi mereka yang sesekali berada di laut?

Itu belum lagi perusahaan pinggiran sungai dan berdekatan pantai menyalurkan kumbahan yang tidak dirawat terus ke laut.

Tidak lagi dikira resort-resort di pulau-pulau peranginan yang memasang saluran kumbahan dan longkang buangan terus ke dalam laut.

Bayangkan jika ini tidak dikawal dan laut semakin tercemar, apakah nelayan-nelayan kita tadi akan terus dapat menikmati hasil tangkapan yang memberansangkan?

Surat daripada anak nakal


Surat ini di ambil dari IluvIslam.com..semoga anak2 menghayati surat ini

Sajak yang begitu menyayat hati..


Begitu besar jasa dan pengorbanan ibu..saya terpaksa memasukkan video ini dalam blog geografi ini sebab pada hari ini betapa ramainya anak2 yang tidak menghargai malah sanggup menipu ibu mereka..sehingga ibu menitis air mata d hadapan cikgu apabila menceritakan kisah anaknya..

Jumaat, 1 Julai 2011

Juara Imam Muda ke 2


Tahniah kepada Imam muda Hasan yang berjaya merangkul Imam Muda yang ke 2..Pembelajaran selama 3 bulan akhirnya membuahkan hasil bagi anak muda yang berasal dari Perak ini..tahniah. Apabila lihat baca khutbah dalam siaran TV Oasis petang tadi, saya yakin pelajar ini akan berjaya.
Tapi sayangnya hadiah tidak semewah Akademi Fantasia dan Maharaja Lawak, mungkin bukan hadiah yang dikejar tetapi penghargaan yang bersesuaian harus ada.Harap2 kerajaan Perak beri sesuatu.

Latihan lagi

pelajar-pelajar sila dowloadkan latihan Soalan percubaan Utusan 2005

Latihan Ulangkaji 2

Soalan Pra percubaan Geografi Serawak 2011