Rabu, 17 Julai 2013

Tajuk Utama Geografi

Pejam celik-pejam celik dah bulan Julai..tak lama lagi Percubaan 2013. Adakah anak-anak dah bersedia dan sudah menguasai topik-topik utama dalam subjek Geografi..Jom kongsi tajuk-tajuk penting ni.
Dalam Mana - mana teknik menjawab Geografi tajuk inilah yang diberi penekanan.Mulai hari ini jadikanlah ia sebagai chekcklist sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Selamat menghadapi peperiksaan..Pelajar di Batu Gajah dapatkan nota ringkas dengan panduan peta / gambar dari cikgu...geografiperak.blogspot.com

Isnin, 22 April 2013

Bahan keseluruhan Folio KKG 2013

Cikgu masukkan bahan pembentangan KKG 2013 secara keseluruhan..Bagi pelajar yang belum siap, gunakanlah ia sebagai rujukan dan panduan ( Hati-hati anda dilarang meniru secara keseluruhan ) Terimakasih anak-anak semua...Patuhi tarikh menghantar folio KKG 2013..

Rabu, 27 Mac 2013

Siri 4

Mari kita belajo cara-cara nak membuat Dapatan Kajian iaitu:
1. Konsep Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.

Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan    Jangan lupa rujuk wikipedia @ kamus Dewan   atau rujuk disini powerpoint dapatan kajian

Mulakan kerja anda untuk mendapatkan 2 markah..













Rabu, 20 Mac 2013

Siri 3 : Kaedah Kajian

Beberapa kaedah kajian 1.Pemerhatian 2.Temu bual 3.Soal selidik 4. Rujukan Mana-mana kaedah kajian yang munasabah diterima

Sabtu, 2 Mac 2013

Cara membina kawasan kajian

    Cikgu rasa pelajar sudah sampai ke kawan kajian dalam membina KKG 2013..Bagaimana kita hendak mendapat markah penuh 8 markah..banyak ni.

1.Kawasan kajian : pilih contohnya Pekan Batu Gajah, Perak

• Lokasi kawasan kajian : Lokasi kawasan kajian saya terletak di antara Pekan Pusing dan Ipoh.


• Pandang darat fizikal: Terdapat beberapa ciri fizikal contohnya sungai dan hutan
kawasan kajian

• Jarak dari bandar / : Jarak bandar ini dengan bandar terdekat ialah 6km dan bandar Ipoh
pekan terdekat              ialah 25km
 
     Buat dalam perenggan pendek, pelajar hanya perlu memilih 3 sahaja ( ini yang paling mudah ). Disini pelajar sudah layak mendapat 2 markah.

2. Membina Peta Daerah / Peta kawasan kajian

Pelajar boleh buka : http://pdtbatugajah.perak.gov.my/a atau http://www.maplandia.com/malaysia/perak/batu-gajah/#map

untuk mendapat peta dan masukkan tajuk dan arah mata angin..pelajar layak mendapat 2 markah...lihat peta dibawah


Tajuk : Peta Daerah Batu Gajah atau kawasan Batu Gajah
Tajuk : Peta Lakar Daerah Batu Gajah

3. Bagi Peta lakar..seharusnya peta ini dilukiskan oleh pelajar dengan memasukkan arah mata angin, petunjuk, tajuk  dan kotak..


Boleh mencuba untuk bahagian ini sekarang..rujuk guru geog sekiranya ada masalah










 
 


 
 

Siri 2 : cara membuat kawasan kajian

Isnin, 25 Februari 2013

Nota Mini Geog F1 - F3

Not a Mini

Selasa, 19 Februari 2013

Contoh membina Objektif Kajian

Takrifan dan objektif ini ialah benda yang boleh diukur / kata kerja

1) mentakrifkan konsep pengangkutan awam dengan lengkap dan jelas.

2) menerangkan/menghuraikan/menjelaskan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, ..........

            3) menghuraikan / menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian.........

            4) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian...............

            5) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam di ........

            6) menerapkan / memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan awam di kawasan kajian

Across the Land: Kerja Kursus Geografi PMR 2013: Konsep penternakan...

Maklumat tambahan untuk KKG penternakan :

Across the Land: Kerja Kursus Geografi PMR 2013: Konsep penternakan...: Terdapat soalan daripada pengunjung blog saya tentang tajuk tugasan 2 KKG PMR 2013, iaitu Kegiatan Penternakan. Saya tidak begitu terdedah ...

Across the Land: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jen...

Dapatkan bahan KKG di blog ini untuk maklumat tambahan:

Across the Land: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jen...: Dapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam, kepentingan, masalah dan cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan...

Ahad, 10 Februari 2013

Folio KKG Siri 2

Untuk siri 2 cikgu masukkan contoh membina folio
1. Pendahuluan
2. Objektif Kajian Contoh :
  • a. Menerangkan konsep pengangkutan awam
  • b. Memperincikan Bentuk Pengangkutan Awam di Pekan Batu Gajah
  • c. Menyatakan Kepentingan Pengangkutan Awam di Pekan Batu Gajah   
  • d. Menerangkan Masalah Pengangkutan Awam di Pekan Batu Gajah
  • e. Menyatakan  langkah-langkah penyelesaian Masalah Pengangkutan Awam di Pekan Batu Gajah 
  • f. Menyatakan nilai-nilai yang sesuai sepanjang menjalankan folio KKG ini.

Sabtu, 9 Februari 2013

Folio KKG 2013

Bahan ini diambil dari wwww.malaysia-students.com..sila buka laman web ini untuk dapat maklumat yang sebenar.... Tajuk : Pengangkutan Awam dan Penternakan

Rabu, 6 Februari 2013

Siri 1..KKG Pengangkutan Awam

Bahan Pembentangan Cara Membina Folio Hari ini, cikgu akan masukkann beberapa siri supaya berapa dpt mengambil dan memahami..ape2 yang tak faham tinggalkan pesanan..kita mulakan dengan tajuk awal :
  • Isi Kandungan
  • Penghargaan...

Selasa, 5 Februari 2013

KELAB GREENBOC: [Bergambar] Saksikan Senarai Tujuh Keajaiban Alam ...

KELAB GREENBOC: [Bergambar] Saksikan Senarai Tujuh Keajaiban Alam ...: G eneva - Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar d...

Contoh KKG Pengangkutan Awam

Cuba Lihat contoh ini sebagai pembacaan awal..lihat ape yang kurang dan ape yang lebih untuk dapat input membina KKG 2013

Isnin, 28 Januari 2013

Aktiviti Mendaki Bukit Keledang

    Buat Semua pelajar 1 Rancangan Khas , 2 Rancangan Khas dan 3 Rancangan Khas yang berminat untuk aktiviti ini sila berikan nama pada Cikgu Abdul Ghani, Cikgu Abdul Karim dan Cikgu Saniah sebelum Tahun Baru Cina..

Isnin, 14 Januari 2013

Penilaian Berasakan Sekolah..

Berita terkini :
                                Keputusan Mesy KPPK Dgn Lembaga Peperiksaan Malaysia di KPM pada 11.1.2013.............
1. SPPBS Tahun 2012 akan dibuka semula pada 21 Jan hingga 10 Feb 2013 bagi membuat pembetulan Eviden/Band Tingkatan 1(2012) dengan syarat ada pengesahan drp Pengetua. Guru-guru yang tersilap klip atau tidak sempat klip, perlu buat pembetulan dan cetak Pelaporan Penyataan Prestasi Murid HANYA dalam tempoh tersebut sahaja. (Siaran drp LPM akan disusuli)

2. SPPBS Tahun 2013 hanya akan dibuka pada 1 Mac 2013 bagi memberi laluan kepada pengisian data APDM.
 3. Pengurusan Fail Eviden: hanya perlu simpan Eviden Terkini/Tertinggi setiap Deskritor setelah key-in ke SPPBS, lain-lain eviden boleh dipulangkan kepada pelajar. Guru perlu ada rekod setiap murid tentang penguasan murid di Borang Rekod Perkembangan Murid dan SPPBS.
4. Kemudahan ICT dan sistem/program akan dipertingkatkan. 5. Jumlah eviden akan digubal semula dan dikurangkan (tempoh masa bergantung kepada PPKurikulum dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.) "Bersatu Kita Berjaya" Salam 1NUTP drp Wang

Ahad, 13 Januari 2013

Geografi Hari Ini

Salam..agak dah lama jugak cikgu tak menulis dalam blog ini. Tirai 2013 dah bermula, ini tahun terakhir bagi PMR 2013 ( walaupun ramai ibubapa berharap ia tak menjadi ). Perlaksanaan PBS yang dah masuk tahun kedua nampaknya masih belum meyakinkan ibubapa tentang permansuhan PMR ni. Bagi cikgu sebagai pelaksana dasar ini..kami menurut perintah sebab banyak pro dan kontranya. PBS pun nampaknya mudah juga sbb pelajar tidak terlibat dengan sebarang peperiksaan dan ujian bulanan..wow..seronok. Sebagai Jurulatih Utama bagi subjek geografi sebenarnya cikgu nak mengucapkan terima kasih dari rakan2 seluruh Malaysia yang sanggup berkongsi idea dalam cikgu menyiapkan MODUL GEOGRAFI Tingkatan 1 dan 2..bagi guru-guru yang berminat boleh joingroup geografiperak.di mukabuku...

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Malaysia 2013...

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Malaysia 2013...: Salam sejahtera buat semua. Jadual persekolahan dan cuti sekolah di Malaysia untuk tahun 2013 atau juga dikenali sebagai Takwim Sekolah 2...

Khamis, 3 Januari 2013

Modul kemahiran Bab 1 hingga Bab 5 Tingkatan 3

Dimana nak dapat bahan ini..cikgu kongsikan bahan ini di group geogperak di facebook jadi joinlah group ini dapatkan bahan ini utk dibuatkan latihan dan dowload..